Wednesday, August 12, 2009

sahabat yang kita sayang

setiap manusia yang wujud di atas muka ni takkan ditakdirkan hidup sorang-sorang. mereka pasti ada sahabat yang akan menemani mereka dalam hidup kita. aku juga menunggu kehadiran seseorang yang dipanggil best friend. aku menunggu dia datang dalam hidup aku. tetapi, sebagai manusia aku juga terlepas pandang sedangkan mereka ada di depan mata aku.

kini aku sangat bahagia dengan sahabat yang aku ada. aku ada wawa, shahrul, saufi, su, ilani, farid dan apis masran. apa yang telah aku belajar dari masa lepas ialah menghargai orang yang menyayangi kita. dan buat masa ini merekalah sahabat yang menghargai aku. mungkin untuk menjalinkan hubungan persahabatan tidak perlu wujud paksaan dan permintaan. apa yang perlu ialah memahami dan menghargai setiap detik yang kita ada dengan melakar memori bersama teman-teman dan keluarga yang tersayang.

tentang daus, aku dah maafkan segala-galanya, cuma tak dapat lupakan apa yang jadi antara kami berdua. walaupun sudah tidak sebulu, aku masih hormat dia sebagai seseorang sahabat yang pernah hadir dalam hidup aku. dia juga telah mengajar aku banyak benda semasa kami rapat suatu ketika dahulu. lagipun, aku rasa kedua-dua pihak telah melakukan kesilapan. aku cuma harap dia tahu aku tidak ada dendam, cuma biarlah kami ikut haluan masing-masing. ada pepatah, kalau kita sayangkan seseorang, kita akan biarkan dia terbang dari sisi jika itulah yang terbaik untuk mereka. aku berharap kami sama-sama berjaya dengan haluan yang kami bawa, tak kira dimana kami berada. semoga dia dapat terbang jauh untuk mencapai apa sahaja yang dia inginkan..

selamat tinggal, daus.....

seronok dapat berkenalan dengan kau...